Thursday, December 31, 2009

Slamat Tahun Baru!!

2009 telah melabuhkan tirainya dan selamat datang 2010..
2009 telah banyak mengukir kenangan yg terindah
n tak kureng gak yg kurang indah
tp ianya sgt berguna kpd kita agar
kesilapan yg lalu diperbaiki n tak berulang lg k..
Dharap 2010 dpt dharungi dgn lbh baik lgi...
agar thn 2010 akn jdithn yg lbh baik..

Friday, November 13, 2009

Final exam

Akhirnya final exam tuk subjek multimedia
dh abis.....huhuhuhhuhuhu sukenye...
sok ade 1 agi last paper tuk sem ni
n pas2 dh ble blik huhuhuhu.....
pade kwn2 yg amik sastera islam
gud luck 4 all of u k...

Sunday, November 8, 2009

sahabat

Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

1. Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
3. Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
5. Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu
6. Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
7. Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentinga persahabatan;
13. Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
14. Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

"trima kasih kepada sahabat2 ku kerana menemani ku kala susah dan senang ku.."

Tuesday, November 3, 2009

hujan

Akhirnya dpt gak pegi bkt ekspo
setelah 2, 3 hari hujan tiap2 petang
dpt jgk jalan2 sambil hilangkn
lemak2 ni n kluarkn pluh....
smbil jln2 sempat gak merasa
buah pulasan n rambutan, huhuhuhu....

Tuesday, October 27, 2009

Jalan-jalan

Arini rase mcm nk g bkt ekspo plak
sambil jln2 tgk pemandangan huhuhuhuhu.....
jom ramai2 kite g bkt ekspo
sambil tu ble release tension
lalalalalala.....

Monday, October 26, 2009

exam oh exam

Ha minggu ni dah start exam
kepada semua kengkawan yang dah
start exam gud luck n all da best!!
aku plak ari rabu ni bru start
arghhhhh stresssss gile2 tu...
dah la kt blok arif ni bising je memanjang
blok paling happening la katekan...
kne byk2 le bersabar nk study..herm..

Saturday, October 17, 2009

klas multimedia, lalala

sepanjang 1 sem dalam klas multimedia ni memang banyak sgt
aku blaja benda bru spt blaja
wat movie maker, wt web page, wt video sndiri siap mskkn kt you tube huhuhu n mcm2 lgi lah.
bak kata klau ari khamis jer
ati ni msti jerr bedeba n pk ape plak
keje yg dr nk bgi mnggu ni....
tapi walaupun keje banyak, stresssss
ape2 keje dlm klas msti hantar sblm kol 12
ni yg buat ahli kump aku stresss...
walau apapun kelas ni tetap bagussss, best n fun huhuhuhu....
trima kasih dr kerana telah banyak
mencurahkan ilmu dan mendidik kami semua..

Friday, October 16, 2009

Buat ayah dan bonda


Bonda….

Mekarmu dipuji….

Kasihan dipinta, kaulah ratu

Kaulah segalanya

Ayah….

Susah payahmu sudah nyata

Kaulah raja, kaulah segalanya

Bonda….

Halalkan susumu

Ayah….

Halalkan keringatmu

Bakti kalian tidak terhitung

Cuma menanti hari susulan

Agar jerih payah kalian terbalas

Bonda….

Inilah balasanku

Ayah….

Inilah persembahanku

Sebuah kejayaan untuk kalian

Thursday, October 15, 2009

klas sosiologi

pgi ni dr. sarjit tak masuk klas,so blik awal cket
dah cti agaknya
maybe prepare nk sambut raya esk kot..
tak ler ngantok sgt sbb en.roslan yang gantikn
lau tak ngantuk giler2
dengar suare dr. sarjit yg mendayu-dayu setiap pgi jumaat..
huhuhuhuhu....

Warna-warni raya..



Kreatif....

Arini dalam klas multimedia buat origami..
erm seronok gak..
nasib baik jadi origami tak jadi benda lain
sebab aku ni bukannye kreatif sangat..suh buat bakul jdi sampan...
huhuhuhu....nasib ler..

Tuesday, October 13, 2009

Sahabat...

Buat sahabat.

Sahabatku,

Kita umpama si bangau putih

Yang terbang sekawan

Bebas di awanan terbentang

Mencari pencarian dalam kehidupan

Dan membawa haluan

Sahabatku,

Kita yang melaburkan tirai ini

Di dalam teater kehidupan

Senario dugaan dalam noda-noda pencarian

Antara kejayaan dan kegagalan

Antara keindahan dan keburukan

Kita yang akan menentukan

Sahabatku,

Yakinlah dengan simpulan dan ikatan ini

Akan ku usaha dan usaha

Agar istana yang terbina

Jambatan yang menghubungkan

Tidakkan teroboh terputus

Dengan apa jua halangan



Sesungguhnya,

Tidak sesekali inginku saksikan

Air yang mengalir dari lurah-lurah bukit

Terputus… sehingga sampai ke muara…

Dan padamu sahabat

Ku harapkan secalit ketulusan

Secebis keikhlasan dan setitik kesetiaan

Agar istana persahabatan kita sentiasa ceria

Berseri dengan kuntum-kuntum tawa dan gurauan

Di taman pergaulan.

Thursday, October 8, 2009

Kasih Ibu Mithali

Bonda…

Kutadah kasih sayangmu

Kaucurah cintamu

Semurni tasbih ditanganmu

Helaian selembut saljumu dulu

Masih lagi terasa dipipi

Bonda….

Titiskanlah cinta murni itu

Kutadahkan

Semoga dapatku nilaikan

Semahal mana kasih ibuku

Semoga dapatku rasakan

Erti sebenar Ibu Mithali

Bonda…..

Kaulah penawar duka

Kaulah penghibur lara.

Friday, October 2, 2009

Hari ini...

Hari ni
aku ngan kawan2 masak je
mls nk g beli kt foodcourt..
menu istimewa kami
hahaha
ikan sardin very special..
and...telur dada wal ikan bilis mengoreng...
fuh...
sedap...
sehingga menjilat kuku

kek gi nk g kls kompang lak
aduh..mengetuk pula
tiap2 minggu mengetuk
xpandai2 jugak
lagu berarak upm jah ambo igat...
huhuhu..

sain2 aku pun g2 gak
da ngan kin
nampak je pandai ketuk
tp fesi ckap "ntah ape2"